KOTA BHARU 30 Mei – Tenaga Nasional Berhad (TNB) digesa untuk memberi penjelasan berhubung kenaikan bil elektrik yang melambung tinggi. IZANI ZAKARIA Aktivis Masyarakat Tanah Merah, Izani Zakaria berkata, keadaan yang berlaku itu sedikit sebanyak telah menjejaskan pengguna terutama golongan berpendapatan rendah. Katanya, jika perkara ini disebabkan oleh kesilapan bacaan meter seperti yang didakwa, maka TNB perlu segera memperbaikinya. “Ramai pengguna mengadu bil elektrik yang diterima mereka melambung tinggi sehingga…









