Tingkat keselamatan dalam kalangan pengamal media - Utusan Malaysia

Tingkat keselamatan dalam kalangan pengamal media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Pengamal media di negara ini perlu meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan ketika berada di lokasi tugasan.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihaknya bercadang mengadakan program keselamatan dan keselamatan terhadap pengamal media yang berada di negara ini.

“Program tersebut merupakan sebuah bengkel seminar terhadap kesedaran keselamatan dan kesihatan kepada para pengamal media.

Memuatkan artikel berkaitan…

“NIOSH bersedia untuk bekerjasama dengan organisasi media membangunkan satu modul latihan keselamatan dan kesihatan serta pengamal media perlu mempunyai pas keselamatan yang perlu diambil berat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Iftar Bersama Media yang dihadiri kira-kira 150 pengamal media di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Pengerusi NIOSH, K. Gunasegaran; Pengarah Eksekutif NIOSH, Ayop Salleh; Setiausaha Eksekutif NIOSH, Hanif Maidin dan Penolong Pengarang Mingguan, Malaysia Rozaman Ismail.

Lam Thye turut berterima kasih kepada organisasi media kerana sudi bekerjasama dengan NIOSH dalam melaporkan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihaknya.

“Diharapkan kerjasama itu akan berterusan untuk majlis dan penganjuran aktiviti NIOSH yang akan datang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini