KUALA LUMPUR 17 Mei – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Al-Bukhary, di sini hari ini.
Pertemuan pada pukul 10.30 pagi itu dimuat naik di akaun Facebook Polis Diraja Malaysia.
Menurut status akaun Facebook tersebut, pertemuan tersebut adalah yang pertama buat Mazlan selepas menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Negara pada 9 Mei lalu. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…









