Tiada rombakan Kabinet - PM - Utusan Malaysia

Tiada rombakan Kabinet – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 6 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa tidak akan berlaku rombakan Kabinet.

Perdana Menteri berkata, barisan Kabinetnya berprestasi baik dan beliau tidak nampak sebarang sebab bagi penstrukturan Kabinet berkenaan.


“Tidak akan berlaku rombakan Kabinet. Adakah ini jelas?” katanya dalam sidang akhbar Setahun Pemerintahan Pakatan Harapan di sini hari ini.


Memuatkan artikel berkaitan…

Dr. Mahathir seterusnya menzahirkan keyakinan terhadap barisan Kabinet yang dilihat beliau akan kelak menjadi sebagus anggota-anggota berpengalaman yang lain.


Jelasnya, beliau merupakan seorang yang sangat konservatif dan pernah berada dalam kerajaan selama kira-kira 20 tahun sekali gus mengetahui bagaimana kerajaan berfungsi. 


Namun begitu, kata beliau, barisan Kabinet ketika ini masih baharu dan mereka juga dilihat khuatir dituduh melakukan penyalahgunaan menyebabkan mereka sukar membuat keputusan.


“Kadang kala mereka datang ke saya sebab saya ada pengalaman, saya cuba ajar serta memberi tunjuk ajar agar mereka boleh berprestasi baik. Namun begitu mereka pantas belajar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini