SHAH ALAM 28 Mei – Akibat menerima sogokan set kayu golf bernilai RM1,990 Mac lalu sebagai balasan tender penyelenggaraan jalan, seorang Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) direman selama dua hari bermula hari ini. Perintah reman terhadap suspek berusia 40 tahun itu dikeluarkan kira-kira pukul 11.30 pagi oleh Majistret Rini Triany Muhamad Ali di Mahkamah Majistret Shah Alam. Terdahulu, suspek tiba di mahkamah pada pukul 10.40 pagi memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tangan bergari. Dia sebelum itu ditahan pukul 3.30 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya