Pertikaian sempadan: Thailand tuduh Kemboja langgar janji

Pertikaian sempadan: Thailand tuduh Kemboja langgar janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kementerian Luar Thailand menuduh Kemboja melanggar janji untuk menyelesaikan isu sempadan melalui mekanisme dua hala yang dipersetujui bersama, susulan tindakan Phnom Penh membawa pertikaian tersebut ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA).

Jurucakap kementerian, Nikorndej Balankura berkata, Thailand kecewa dengan tindakan Kemboja yang cuba mengheret isu itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan seterusnya ke UNGA walaupun kedua-dua negara sudah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) pada 2000 yang menetapkan isu sempadan hanya boleh diselesaikan melalui Suruhanjaya Sempadan Bersama (JBC).

Pertikaian diplomatik itu tercetus apabila Wakil Tetap Kemboja ke PBB di New York menghantar surat kepada Setiausaha Agung PBB pada 16 Jun lalu, memohon agar isu tersebut dikedepankan sebagai dokumen rasmi UNGA di bawah Agenda Item 32: Pencegahan Konflik Bersenjata bagi Sesi ke-79.

Thailand melalui wakil tetapnya ke PBB mengemukakan surat balasan pada 19 Jun, yang memperincikan pendirian Thai­land berhubung isu sempadan dengan Kemboja.

Menurut Nikorndej, dokumen itu menyertakan asas tindakan dan undang-undang yang dirujuk, sekali gus menegaskan Thailand sentiasa mematuhi undang-undang antarabangsa.

Thailand juga meminta surat balasan dan kenyataan rasmi itu diedarkan sebagai dokumen rasmi UNGA di bawah agenda yang sama seperti Kemboja. PBB kini telah mendaftarkan kedua-dua dokumen dan mengedarkannya kepada 193 negara anggota.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN