Cabar dominasi pemandu lelaki

Cabar dominasi pemandu lelaki

AZLINDA Kasim bersama jentera 4x4 berwarna merah jambunya ketika ditemui di Felda Raja Alias Satu, Jempol, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Lazimnya, pertandingan lasak menguji kecekapan dalam pemanduan kenderaan pacuan empat roda (4×4) didominasi pemandu lelaki.

Situasi itu tidak menghalang Azlinda Kasim, 31, turut aktif dalam sukan lasak itu, apatah lagi selepas mendapat dorongan suaminya, Muhammad Solehan Abdul Hamid, 37.

“Semuanya apabila suami yang juga aktif dalam sukan lasak ini meminta saya mencuba kerana masih tiada lagi peserta wanita di Negeri Sembilan.

“Mula-mula saya cuma duduk di sebelahnya sahaja, lama-kelamaan suami cabar saya pandu sendiri. Semasa pertama kali naik bukit, tangan saya menggigil tapi apabila sudah lepas, rasa seronok pula,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Felda Raja Alias Satu di sini.

Kata Azlinda, dia semakin yakin mengendalikan kenderaan 4×4 di laluan berbukit, berlumpur dan licin.

Kehadiran Azlinda di trek bukan sahaja mengejutkan peserta lelaki, malah menarik perhatian penduduk sekitar yang sanggup datang hanya untuk melihat dia beraksi.

“Semasa di Terengganu, ada mak cik-mak cik yang kata mereka datang semata-mata hendak lihat saya beraksi dengan kereta merah jambu,” katanya.

Azlinda yang lebih dikenali sebagai ‘Akak Pink’ berkata, dia menggunakan kenderaan berwarna merah jambu yang menjadi identiti dirinya sebagai pemandu wanita.

“Saya tetap bangga apabila tersenarai dalam kelompok 20 peserta terbaik di beberapa pertandingan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN