Terengganu rakam ucapan takziah - Utusan Malaysia

Terengganu rakam ucapan takziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 28 Mei – Kerajaan Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim yang meninggal dunia hari ini.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kehilangan tokoh sejarawan dah ahli akademik negara itu amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau antara yang terlibat dalam penggubalan Rukun Negara. Jasa dan pengorbanan beliau terhadap negara akan sentiasa dihargai,” katanya menerusi laman Facebook di sini hari ini.

Kay Kim, 82, yang merupakan pensyarah Jabatan Sejarah di Universiti Malaya meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat masalah jantung, kira-kira pada pukul 10.45 pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini