Tengkorak manusia ditemukan di tapak pembinaan - Utusan Malaysia

Tengkorak manusia ditemukan di tapak pembinaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 11 Mei- Tengkorak manusia ditemukan di sebuah tapak projek pembinaan hotel berhampiran Wawasan Plaza di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tengkorak tersebut ditemukan oleh seorang pekerja binaan ketika sedang melakukan kerja-kerja mengorek tanah pada kedalaman kira-kira 15 kaki di kawasan tapak pembinaan itu.

“Kita menerima panggilan mengenai penemuan itu kira-kira pukul 10.20 pagi dan siasatan awal mendapati terdapat satu tengkorak dan tulang di lokasi kejadian dipercayai telah lama meninggal dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tengkorak dan tulang berkenaan kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini