Teksi udara berjaya jalani ujian pertama di Jerman - Utusan Malaysia

Teksi udara berjaya jalani ujian pertama di Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH – Sebuah syarikat Jerman, Lilium berjaya melakukan ujian penerbangan teksi udara pertama tanpa juruterbang dengan membawa seramai lima penumpang pada kelajuan 300 kilometer sejam (km/j).

Akhbar Daily Mail melaporkan bahawa jet elektrik yang dipanggil Lilium Jet membuat penerbangan itu pada awal bulan ini menggunakan sistem pelepasan dan pendaratan vertikal (VTOL).

Pesawat itu menggunakan sebanyak 36 unit enjin yang membantu pelepasan secara menegak dan mampu terbang sepantas 300km/j.

Memuatkan artikel berkaitan…

Firma itu menyatakan teksi udara tersebut mampu menerbangkan penumpang dari London ke Manchester, England dalam tempoh kurang satu jam. Mereka juga berharap perkhidmatan teksi terbang itu dapat ditawarkan sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Lilium Jet boleh beroperasi bersama juruterbang atau dengan konsep dron. Pesawat ini tidak mempunyai ekor, sistem kemudi, bebaling dan kotak gear. Bagaimanapun, ia dipasang dengan tingkap panoramik dan pintu jenis bukaan ke atas (gull-wing).

Satu rakaman video yang dikongsi Lilium menunjukkan pesawat tanpa juruterbang itu berlepas secara menegak seperti helikopter, terapung di ruang udara seketika sebelum melakukan pendaratan semula. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini