Takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

Takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah, hari ini.

“Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

“Marilah kita mendoakan roh Almarhum Paduka Ayahanda Sultan dicucuri rahmat Allah, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Al-Fatihah,” katanya dalam Twitter miliknya hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Almarhum baginda menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.50 pagi tadi pada usia 89 tahun di Institut Jantung Negara (IJN).

Difahamkan jenazah baginda akan dibawa ke Istana Negara untuk dimandikan sebelum dibawa pulang ke Pekan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini