Tahap kesedaran berdaftar PDRM sebelum bercuti panjang masih rendah - Utusan Malaysia

Tahap kesedaran berdaftar PDRM sebelum bercuti panjang masih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 17 Mei – Tahap kesedaran penduduk negeri ini untuk berdaftar dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum pulang bercuti panjang ke kampung halaman dilihat masih rendah.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, langkah itu penting bagi membolehkan polis mengetahui kawasan perumahan yang akan ditinggalkan dan melakukan pemantauan bagi mengelakkan kejadian jenayah khususnya pecah rumah.

Menurutnya, masyarakat seharusnya mengambil tanggungjawab bersama dalam memastikan keselamatan rumah sebelum pulang ke kampung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, ini kerana cuti musim perayaan ketika ini disambut oleh semua peringkat masyarakat tanpa mengira agama.

“Selain boleh mengisi borang balik kampung di mana-mana balai polis, orang ramai juga boleh berdaftar menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) menggunakan telefon pintar.

“Kita mohon masyarakat lebih peka dalam hal ini agar dapat sama-sama membantu pihak-pihak polis mencegah jenayah,” ujarnya,

Beliau berjaya demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke tapak Bazar Ramadan Medan Gopeng di sini hari ini.

Lawatan berkenaan sebahagian daripada usaha PDRM mendekati masyarakat selain mewujudkan rasa selamat kepada orang awam dengan kehadiran anggota polis.

Razaruddin memberitahu, sehingga kini pihaknya telahpun melakukan lawatan ke atas 78 buah lokasi bazar Ramadan di negeri ini melibatkan 135 orang pegawai dan 500 anggota.

Kata beliau, lawatan sedemikian akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan.

“Hasil daripada lawatan ini kita dapati kawasan bazar Ramadan bebas jenayah.

“Secara tidak langsung kita juga dapat mengeratkan kerjasama serta persefahaman dengan golongan penjaja” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini