Syarikat teknologi akan disenarai di pasaran ACE Jun depan - MTDC - Utusan Malaysia

Syarikat teknologi akan disenarai di pasaran ACE Jun depan – MTDC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Malaysian Technology Development Corp Sdn. Bhd. (MTDC) berkata satu lagi syarikat teknologi akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada Jun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Norhalim Yunus berkata, ia adalah syarikat berpangkalan di Pulau Pinang yang terlibat dalam bidang automasi dan robotik, dan prospektus penyenaraiannya akan dilancarkan minggu depan.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai syarikat tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syarikat ini juga adalah antara syarikat yang menerima dana pengkormersialan perniagaan pada 10 tahun lepas oleh MTDC.

“Kini, kita dapat melihat banyak perkembangan pesat dalam bidang robotik dan automasi selaras dengan perkembangan industri 4.0 dan revolusi industri 4.0,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyenaraian TT Vision Holdings Bhd. di Pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) Bursa Malaysia di sini hari ini.

MTDC adalah pelabur di TT Vision dengan memiliki 29.55 peratus kepentingan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini