Syarikat penerbangan diminta tambah jumlah penerbangan sempena Aidilfitri - Utusan Malaysia

Syarikat penerbangan diminta tambah jumlah penerbangan sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan meminta syarikat-syarikat penerbangan menambah bilangan penerbangan domestik khususnya pada musim perayaan ini, bagi membolehkan penumpang membuat pilihan harga.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata apabila tawaran tiket penerbangan itu lebih banyak maka harga purata sesebuah penerbangan juga akan sedikit menurun.

“Harga yang sangat tinggi ini biasanya berlaku jika tinggal beberapa tempat (kerusi) dalam setiap penerbangan. Bukan setiap tempat duduk dalam penerbangan akan dapat harga yang tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia (harga tiket) meningkat apabila ada permintaan lebih tinggi dan tinggal beberapa kerusi sahaja (dalam satu penerbangan), jadi ia (harga) akan meningkat,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan berhubung harga tiket penerbangan domestik yang tinggi menjelang Aidilfitri awal Jun ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Ekspres Musafir di Terminal Bas Bersepadu, di sini hari ini yang turut dihadir Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Azlan Shah Parames Albakri dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr. Siti Zaharah Ishak. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini