Syarikat luar negara bakal taja Liga M - Tunku Ismail - Utusan Malaysia

Syarikat luar negara bakal taja Liga M – Tunku Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGERUSI Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan, tindakannya melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah demi kelangsungan dan meningkatkan mutu bola sepak negara.

Tunku Ismail dalam kenyataan MFL semalam menjelaskan, keputusan tersebut diambil selepas pelbagai pihak termasuk penaja serta rakan kongsi Liga Malaysia (Liga M) menggesa baginda untuk turut sama menjawat jawatan pengerusi MFL.

Menurut Tunku Ismail, keputusan meninggalkan kerusi panas itu selepas hanya 365 hari bukan satu perkara mudah, namun ia terpaksa diambil untuk memberikan komitmen dan fokus sepenuhnya kepada satu-satu perkara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa saya menjadi Pre­siden FAM, matlamat dan agenda saya hanya satu iaitu mencipta dan menstruktur semula sistem supaya peranan FAM adalah untuk menjaga pasukan kebangsaan, jawatankuasa tatatertib, jawatankuasa status disiplin dan sebagainya untuk lebih kepada formal di mana bukan fokus khusus kepada liga.

“Jika lihat negara yang berjaya, badan induk mereka ada peranan tersendiri tetapi yang menguruskan liga adalah badan bebas. Jadi, selepas membuat perancangan mewujudkan MFL, ramai yang inginkan saya berada dalam MFL tetapi saya tidak boleh memegang dua jawatan dalam satu masa,” titah baginda.

Tunku Ismail mendakwa baginda meninggalkan pucuk kepimpinan badan induk itu dalam posisi terbaik dan membelanjakan wang sendiri sebanyak RM12 juta pada tahun pertamanya di FAM selain turut bantu menjelaskan saman terhadap FAM berjumlah RM1.4 juta.

Tunku Ismail menjelaskan, pihak MFL sedang berusaha keras untuk membawa penaja dari luar negara untuk datang melabur dalam kancah bola sepak tempatan.

“Insya-Allah, kita akan ada syarikat dari luar negara dan saya tidak boleh sebut nama syarikat tersebut kera­na perlu mendapat pengesahan dahulu dan keyakinan daripada mereka untuk menaja bola sepak tanah air kita,” titah ba­ginda. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini