RIO DE JANEIRO 8 Mei – Syarikat perlombongan gergasi, BHP Biliton berdepan saman sebanyak AS$5 bilion (RM20.8 bilion) susulan runtuhan empangan di negara ini pada 2015.
Lapor BBC, syarikat perundangan SPG yang mewakili lebih 200,000 plaintif berkata, BHP Biliton ‘tahu tentang risiko’ di lombong Samarco di negeri Minas Gerais.
Tuntutan berkenaan yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Liverpool semalam, merupakan paling terbesar dalam sejarah undang-undang United Kingdom (UK).
Memuatkan artikel berkaitan…
BHP Biliton bagaimanapun menolak semua dakwaan terbabit. – AGENSI











