Sumbang keperluan Aidilfitri melalui ‘Baju Raya Project’ - Utusan Malaysia

Sumbang keperluan Aidilfitri melalui ‘Baju Raya Project’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei – Orang ramai dipelawa menyumbang kelengkapan sambutan hari raya seperti pakaian, barangan dapur dan kuih-muih melalui program amal Baju Raya Project 2019.

Sukarelawan Projek Kasih selaku penganjur dalam kenyataannya berkata, mereka yang ingin menyumbang boleh hadir ke Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada 18 Mei ini bermula pukul 9 hingga 11 pagi.

“Program ini bertujuan mengumpul sumbangan barang-barang daripada orang ramai sebelum mengedarkannya ke rumah kebajikan, ibu tunggal dan golongan yang memerlukan,” katanya.

Tambahnya, barang-barang sumbangan yang diperlukan dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu pakaian, barang-barang dapur dan kuih raya.

“Kami menerima apa juga jenis pakaian lelaki dan wanita daripada kanak-kanak hingga dewasa yang baru atau masih elok dipakai.

“Untuk memudahkan agihan barang-barang keperluan dapur, penyumbang digalakkan memberi lima kilogram (kg) beras, dua kg tepung, dua kg gula dan satu tin susu,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai sumbangan, orang ramai boleh hubungi Adib di talian 012-7624974 atau lawati laman sosial BajuRayaProject. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×