Sultan Johor bayar zakat RM5 juta, wakaf tanah - Utusan Malaysia

Sultan Johor bayar zakat RM5 juta, wakaf tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 20 Mei – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membayar zakat sebanyak RM5 juta bagi tahun ini dalam satu majlis ringkas di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

Sultan Johor menyerahkan cek pembayaran zakat kepada Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot yang turut disaksikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Pada majlis yang sama, Sultan Ibrahim berkenan mewakafkan tanah seluas 1024.487 meter persegi bagi tujuan wakaf surau dan kebajikan agama Islam di Mukim Jemaluang, Mersing. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini