Sultan Ahmad Shah berjiwa rakyat, mudah didampingi - Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Sultan Ahmad Shah berjiwa rakyat, mudah didampingi – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Berita kemangkatan Sultan Ahmad Shah bukan sahaja merupakan berita sedih buat Pahang, malah turut dirasai rakyat di negara ini.

Turut bersedih di atas berita itu ialah penyanyi kelahiran negeri tersebut, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga menyifatkan Almarhum baginda sebagai sultan yang berjiwa rakyat, mudah didampingi dan disenangi ramai.

“Sebagai rakyat Pahang yang berpeluang membuat persembahan di hadapan Almarhum Tuanku sejak saya bersekolah rendah dan seterusnya menjadi artis, banyak kenangan yang bermakna dan akan saya ingati sampai bila-bila.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Patik dan suami mengucapkan serta menyembah salam takziah kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong , seluruh kerabat dan kerabat Diraja Pahang di atas kemangkatan Almarhum Paduka Sultan Haji Ahmad Shah AlMusta’in Billah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Almarhum dan digolongkan dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran dalam laman Instagram miliknya hari ini.

Almarhum baginda mangkat pada pukul 8.50 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), di sini dan jenazah baginda difahamkan akan dibawa ke Istana Negara untuk dimandikan sebelum dibawa pulang ke Pekan.

TANGKAP layar ucapan takziah Neelofa dalam laman Twitter miliknya, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ Twitte
TANGKAP layar ucapan takziah Neelofa dalam laman Twitter miliknya, hari ini. – UTUSAN ONLINE/ Twitter

Dalam pada itu, antara selebriti lain yang turut mengucapkan takziah di atas kemangkatan Almarhum baginda adalah Neelofa.

“Innalillah, takziah kepada keluarga diraja Pahang. Al-Fatihah,” kata Neelofa dalam laman Twitter miliknya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini