Sukan komponen penting pembangunan sosioekonomi Sarawak - Utusan Malaysia

Sukan komponen penting pembangunan sosioekonomi Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 7 Mei – Sukan menjadi komponen penting dalam pembangunan sosioekonomi di Sarawak, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut beliau penyertaan aktif dalam sukan akan meningkatkan produktiviti, kesihatan, disiplin dan perpaduan masyarakat, mengurangkan perbelanjaan perubatan serta melahirkan pemimpin hebat.

“Penganjuran acara sukan juga akan membantu membangunkan infrastruktur, menjana pekerjaan, membawa masuk modal asing sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi sebuah negara.

“Acara sukan juga mewujudkan peluang untuk pelancongan sukan di mana keluarga, rakan-rakan dan peminat akan turut serta atlet yang mengambil bahagian dalam acara itu,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Tahun lepas, Sarawak menerima 4.43 juta pelawat dengan resit dianggarkan sebanyak RM7.95 bilion. Kedatangan pelawat ke Sarawak daripada Januari hingga Mac tahun ini ialah 1.1 juta orang, meningkat sebanyak 3.93 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×