KHORTOUM 31 Mei – Sudan mengarahkan pengoperasian stesen televisyen Al-Jazeera yang berpangkalan di Qatar ditutup serta merta, selain permit pekerja syarikat berita itu ditarik, semalam. Pengarah agensi berita di Khortoum, Al-Musallami Al-Kabbashi memberitahu, agensi berita itu dimaklumkan tindakan tersebut diambil atas arahan Majlis Peralihan Tentera Sudan. “Mereka hanya memaklumkan yang Majlis Peralihan Tentera Sudan mengarahkan untuk menutup rangkaian Al-Jazeera serta merta tanpa sebarang notis bertulis,” katanya kepada AFP. Saluran berita itu sering kali membuat liputan mengenai pergolakan politik di negara tersebut. -AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya