Statut Rome: Pengekalan Malaysia sebagai 'Negara Pihak' mengecewakan - Wisma Putra - Utusan Malaysia

Statut Rome: Pengekalan Malaysia sebagai ‘Negara Pihak’ mengecewakan – Wisma Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Mei – Wisma Putra akan meminta Koordinator Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia memberi penjelasan berhubung proses dan status terkini penarikan diri Malaysia daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, pengekalan Malaysia sebagai Negara Pihak kepada triti itu seperti yang tertera dalam laman sesawang PBB adalah sangat mengecewakan walapun Malaysia telah mengemukakan surat penarikan diri.

Kerajaan Malaysia telah mengemukakan surat penarikan diri Malaysia daripada menyertai Statut Rome kepada Setiausaha Agung PBB pada 29 April, selaku depositori bagi triti itu, setelah mengambil kira semua langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan proses penarikan diri, katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 5 April, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan Jemaah Menteri supaya Malaysia menarik balik penyertaannya dalam Statut Rome. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini