SPAN tubuh jawatankuasa siasat punca kejadian paip pecah di Lebuhraya WCE - Utusan Malaysia

SPAN tubuh jawatankuasa siasat punca kejadian paip pecah di Lebuhraya WCE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menubuhkan Jawatankuasa Khas Siasatan berhubung kejadian paip pecah di tapak projek Pembinaan Lebuhraya West Coast Expressway (WCE) Banting-Taiping di Klang, Selangor yang berlaku semalam.

Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna SPAN, Mohd. Fazil Ismail berkata, jawatankuasa itu terdiri daripada anggota, pakar-pakar daripada Jabatan Bekalan Air, Jabatan Mineral Geosains, Jabatan Kerja Raya, Institusi Jurutera Malaysia serta juru perunding bebas.

“Antara perkara yang akan diberi perhatian oleh jawatankuasa ini adalah sebab-sebab kejadian paip pecah di Lebuhraya WCE dan memberi syor serta cadangan bagi mencegah kejadian yang sama berulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, paip utama yang berdiameter 1,400 (mm), 900 mm serta 600 mm pecah dan mengakibatkan gangguan bekalan air kepada pengguna di 65 kawasan di Wilayah Klang yang melibatkan sebanyak 175,036 akaun pengguna.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini