Southgate kecewa dengan kecederaan Loftus-Cheek - Utusan Malaysia

Southgate kecewa dengan kecederaan Loftus-Cheek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 17 Mei – Gareth Southgate kecewa kerana Ruben Loftus-Cheek tidak dapat beraksi bersama England dalam saingan Liga Negara-Negara.

Loftus-Cheek beraksi cemerlang musim ini tetapi bakal diketepikan untuk tempoh panjang selepas dilaporkan mengalami kecederaan Achilles semasa aksi persahabatan di Amerika Syarikat.

Walaupun dijadual berdepan Arsenal dalam final Piala Europa, Chelsea hadir ke Massachusetts untuk menjalani aksi persahabatan bersama New England Revolution dan Loftus-Cheek akan terlepas peluang untuk membantu England mencari kejuaraan antarabangsa pertama selepas Piala Dunia 1966.

Memuatkan artikel berkaitan…

Southgate mengesahkan bahawa dia dan rakan sepasukannya, Callum Hudson-Odoi, akan berada dalam pasukan yang akan dimuktamadkan pada 27 Mei ini – sekiranya dia cergas.

“Kami akan lihat prestasi semasa beberapa pemain dalam tempoh ini dan saya akan membuat beberapa keputusan.

“Perubahan boleh dilakukan sekiranya berlaku kecederaan selepas tarikh itu.

“Kami perlu buat keputusan terbaik dengan segala maklumat yang ada.

“Ini adalah sesuatu yang mengecewakan buat Ruben, dia akan terlepas aksi di pentas Eropah dan peluang bersama kami.

“Dia menunjukkan perkembangan baik dalam beberapa bulan ini dan beraksi dengan penuh keyakinan dan saya kecewa dengan keadaannya ketika ini,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini