Sofi Jikan diperintah bela diri - Utusan Malaysia

Sofi Jikan diperintah bela diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 13 April – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan pelakon KL Gangster, Sofi Jikan untuk membela diri atas tuduhan memasukkan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (THC), Februari tahun lalu.

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir membuat keputusan berkenaan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie berdasarkan hujah dikemukakan oleh saksi-saksi pada akhir perbicaraan kes tersebut.

Mahkamah turut menetapkan 28 Jun ini bagi bicara bela diri terhadap selebriti tersebut dan Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, menerusi peguam bela Datuk Haniff Hassan memilih bicara itu dari keterangan bersumpah kandang saksi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 13 Februari tahun lalu, Sofi mengaku mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas tuduhan memasukkan dadah jenis THC yang mana perbuatan itu dilakukan di Pejabat Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada jam 11.15 malam, 6 Februari 2018.

Pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini