Smart Selangor Parking diperkenal di MSPJ - Utusan Malaysia

Smart Selangor Parking diperkenal di MSPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Penduduk di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kini boleh menarik nafas lega apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) itu melancarkan sistem aplikasi pintar untuk bayaran parkir.

MPSJ dalam kenyataan berkata, aplikasi tersebut iaitu Smart Selangor Parking (SSP) dan Parkbyphone (PBP) memudahkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka di 44,639 petak letak kenderaan berbayar berkuat kuasa 6 Mei lalu.

“Orang ramai tidak perlu lagi tergesa-gesa membuat pembayaran letak kereta MPSJ kerana sistem ini membolehkan mereka membuat pembayaran di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, ia juga mempunyai pelbagai fungsi yang boleh mengingatkan pengguna mengenai tempoh tamat parkir, pemberitahuan pembayaran kompaun (sekiranya ada) serta semakan pembayaran letak kenderaan,’’ katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, penggunaan aplikasi sistem pintar letak kenderaan berkenaan turut digunakan di enam PBT lain iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Sepang.

“Bagaimanapun, caj yang dikenakan berbeza bagi setiap PBT yang mana untuk MPSJ, caj dikenakan pada kadar RM0.50/jam, RM4/hari dan RM80/bulan (Tempoh masa letak kereta bermula dari pukul 8 pagi hingga 6.30 petang). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini