Skuad Tok Gajah hargai MFL tangguh perlawanan - Utusan Malaysia

Skuad Tok Gajah hargai MFL tangguh perlawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Pasukan Pahang menghargai keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menangguhkan perlawanan Liga Super berdepan Felda United di sini Sabtu ini bagi menghormati kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah

semalam.

Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada MFL kerana peka dengan situasi semasa yang berlaku dalam negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan penangguhan perlawanan ini sangat wajar ketika seluruh rakyat Pahang sedang bersedih dengan kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.

“Seluruh rakyat Pahang juga sedang berkabung dan tidak ada majlis rasmi atau keraian dijalan dalam tempoh tiga hari selepas kemangkatannya,” katanya hari ini.

Menurutnya, kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah amat dirasakan oleh pasukan Pahang penyokong setia Tok Gajah.

“Terlalu banyak sumbangan Almarhum Paduka Ayahanda dalam pembangunan bola sepak Pahang dan Malaysia yang akan kita kenang sampai bila-bila,” jelasnya.

Semalam MFL mengeluarkan kenyataan mengenai penangguhan perlawanan berkenaan sehingga pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Pada masa yang sama, MFL mengarahkan agar upacara bertafakur selama satu minit dilakukan di stadium lain yang akan melangsungkan perlawanan ke-15 itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini