KETUA jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah jelas sekali gembira dengan peningkatan yang ditunjukkan anak-anak buahnya ketika berjaya mencipta kejutan mengikat pasukan No. 17 dunia, Itali 1-1 pada aksi kedua Kejohanan Jemputan Tiga Negara di Rom semalam. Ia merupakan keputusan positif buat Malaysian Tigress yang menduduki ranking ke-22 dunia itu selepas dibelasah 1-5 oleh pasukan No. 7 dunia, Sepanyol pada aksi pertama kelmarin. “Secara keseluruhan, pemain telah…









