Skim PSK dapat sambutan menggalakkan daripada koperasi - Utusan Malaysia

Skim PSK dapat sambutan menggalakkan daripada koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH 3 Mei – Skim Pembiayaan Sektor Koperasi-Membangun Bersama CBP (Skim PSK) yang dilancarkan April lalu oleh

Co-op Bank Pertama (CBP) mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pengendali koperasi.

Pengerusi CBP, Kamari Zaman Juhari berkata, sejak dilancarkan terdapat kira-kira lapan permohonan daripada pengendali koperasi untuk mendapatkan pembiayaan menerusi Skim PSK dan permohanan dijangka meningkat dari semasa ke semasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa hari pelancaran Skim PSK lagi kita telah menerima permohonan daripada koperasi-koperasi yang berminat dan setakat ini sambutan amat menggalakkan.

“Di pihak CBP, kita tidak meletakkan syarat tertentu untuk koperasi yang ingin mendapatkan Skim PSK ini, cuma pihak koperasi mesti mempunyai projek yang berdaya saing dan menyakinkan sebelum permohonan mereka diluluskan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri sesi Taklimat Skim PSK – Membangun Bersama CBP di sini hari ini.

CBP menyediakan dana berjumlah RM700 juta untuk Skim PSK di mana dana tersebut akan diagihkan secara berperingkat menerusi enam produk pembiayaan yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) .

Dana tersebut ialah Pem­biayaan Hartanah I, Pemfaktoran I, Pembiayaan i-Kontrak, Pembiayaan Penyambung-i, Pem­biayaan Berjangka-I dan Pem­biayaan Kredit Berputar-i. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini