Sistem RFID terganggu sementara di Plaza Tol Bentong - Utusan Malaysia

Sistem RFID terganggu sementara di Plaza Tol Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mei – Anih Berhad, syarikat konsensi Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) memaklumkan berlaku gangguan sementara sistem identifikasi frekuensi radio (RFID) di Plaza Tol Bentong arah Barat, hari ini.

Susulan itu, pihak Anih Berhad sedang giat menjalankan kerja-kerja pembaikan bagi melancarkan perjalanan orang ramai.

“Pengguna dinasihatkan menggunakan kad Touch ‘n Go buat sementara waktu sehingga kerja pembaikan selesai,” menurut kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengguna boleh layari laman sosial Twitter dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk memperolehi maklumat terkini berhubung isu itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini