Sistem bagasi, aerotrain KLIA akan dibaik pulih - Utusan Malaysia

Sistem bagasi, aerotrain KLIA akan dibaik pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 2 Mei – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merancang untuk membaik pulih sistem pengendalian bagasi (BHS) dan aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula penggal kedua, tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, kedua-dua sistem yang berusia lebih 20 tahun itu perlu diberi perhatian sebaiknya.

“Kedua-dua sistem ini sudah berusia lebih 20 tahun, oleh itu pada tahun ini kita akan melancarkan satu pelan penggantian aset.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru kita bercadang akan memulakan tender pada penggal kedua tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-20 MAHB, di sini hari ini.

Turut jadir Pengerusi MAHB, Tan Sri Zainun Ali.

Ketika ditanya kos yang akan ditanggung pengendali lapangan terbang itu bagi proses membaik pulih kedua-dua sistem tersebut, Raja Azmi bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah peruntukkan yang dipersetujui.

Sementara itu mengenai levi pelepasan yang akan berkuatkuasa tidak lama lagi, Raja Azmi berkata, pelaksanaannya tidak akan memberi kesan signifikan terhadap pendapatan kumpulan MAHB.

“Walaupun dengan menambah levi perlepasan, caj relatif kita masih di antara yang paling rendah berbanding lapangan terbang lain di rantau ini.

“Kita optimis bahawa levi tersebut diwujudkan untuk mempromosikan industri pelancongan dan penerbangan Malaysia,” ujarnya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan bercadang untuk mengenakan levi pelepasan bagi semua penumpang udara ke luar negara, iaitu RM20 ke negara ASEAN dan RM40 ke negara lain mulai 1 Jun tahun ini dalam usaha menggalak pembangunan pelancongan domestik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini