Singapura luluskan undang-undang berita palsu - Utusan Malaysia

Singapura luluskan undang-undang berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 9 Mei – Rang undang-undang berita palsu diluluskan oleh Parlimen Singapura semalam selepas perbahasan maraton berlangsung selama dua hari.

Menurut The Strait Times, pada akhir sesi Rabu yang berlanjutan sehingga 10 malam, Rang Undang-undang Perlindungan Daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian diluluskan dengan 72 anggota bersetuju dan kesemua sembilan anggota daripada Parti Pekerja tidak bersetuju manakala tiga anggota Parlimen yang dilantik (NMP) mengambil pendirian berkecuali.

Laporan dalam talian itu berkata anggota yang mengundi menyokong rang undang-undang itu termasuk semua anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang hadir di dewan dan beberapa NMP. – BERNAMA

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini