Sindiket penyeludupan migran tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket penyeludupan migran tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Mei – Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan sindiket penyeludupan migran rentas sempadan yang aktif menggunakan laluan sekitar perairan Selangor dalam satu operasi khas dijalankan semalam.

Dalam serbuan di sebuah kondomium mewah di Setapak, Kuala Lumpur, sebanyak tiga lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 30-an ditahan yang mana seorang daripadanya merupakan dalang utama yang menguruskan kemasukan migran melalui jalan yang tidak diwartakan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam serbuan tersebut, pihaknya menemukan satu unit kediaman yang dijadikan rumah transit bagi migran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sindiket berkenaan menjadikan sebuah negara jiran sebagai transit sebelum migran yang diseludup dibawa ke Malaysia menggunakan bot melalui perairan sempadan negara dan ditempatkan di rumah transit di negara ini.

“Semasa pemeriksaan, kita menemukan 17 lelaki warga Bangladesh berusia antara 25 hingga 35 tahun berada dalam rumah transit tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, siasatan awal mendapati kesemua migran masuk ke negara transit pada 24 April dan diseludup ke Malaysia secara berperingkat melalui perairan di Tanjung Sepat.

“Kesemua mereka dikenakan bayaran sebanyak RM11,000 hingga RM15,000 setiap seorang.

“Semua yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 manakala tiga lelaki warga Bangladesh yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 26A, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” ujarnya.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini