Simpan dadah dalam plastik ubat - Utusan Malaysia

Simpan dadah dalam plastik ubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 20 Mei – Polis menahan seorang lelaki yang didapati memiliki dadah di hadapan sebuah hotel di Taman PD Jasmin, Batu 2, Jalan Seremban di sini malam tadi.

Menurut Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed, suspek ditahan ketika memandu kereta jenis Honda Accord berwarna putih kira-kira pukul 8.30 malam.

“Suspek yang berasal dari Selangor telah diperiksa oleh anggota peronda polis namun tidak menjumpai apa-apa barang yang mencurigakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, setelah pemeriksaan dibuat terhadap kenderaannya, pihak polis menjumpai satu paket plastik tertulis ubat terkawal atas nama seorang lelaki di ruang kecil tempat simpanan barang hadapan.

“Plastik berkenaan mengandungi sembilan paket kecil plastik lutsinar berisi ketulan disyaki dadah jenis ketamin dan 10 biji pil eramin 5,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, suspek ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini