Siasatan kes bunuh Siti Kharina selesai, suspek akan didakwa - Utusan Malaysia

Siasatan kes bunuh Siti Kharina selesai, suspek akan didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Polis sudah menyelesaikan siasatan kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin dan merujuk kepada pendakwa raya untuk memulakan pendakwaan terhadap seorang daripada tiga individu yang ditahan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, polis menyerahkan kepada pihak pendakwa raya bagi menentukan masa untuk mendakwa suspek.

“Daripada tiga, kita akan dakwa seorang sahaja secepat mungkin. Yang lain akan jadi saksi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Surau Al-Medina Ibu Pejabat Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masih ada reman lagi, kalau DPP (timbalan pendakwa raya) kata boleh dakwa esok, kita dakwa esoklah. Kalau tidak Isnin,” katanya lagi.

Ditanya mengenai motif pembunuhan tersebut, Noor Azam berkata, suspek yang ditahan masih enggan mendedahkannya tetapi polis sudah memperolehi ‘bukti nyata’ berkaitan kes berkenaan.

Hari ini, Mahkamah Majistret Sepang memerintahkan tempoh tahanan reman seorang  lelaki warga Nigeria disambung tujuh hari berkuatkuasa esok hingga 30 Mei bagi membantu siasatan kes pembunuhan Siti Kharina. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini