Shahidan kekal terajui Asum - Utusan Malaysia

Shahidan kekal terajui Asum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mei – Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke- 50 yang berlangsung, di Majlis Sukan Negara ,hari ini.

Kedudukan beliau tidak dicabar apabila menang tanpa bertanding sekali gus mengekalkan jawatan tersebut sejak kali pertama di lantik pada 1995.

Dalam pada itu, turut mengekalkan kedudukan sebagai naib presiden adalah Datuk Nawawi Reduan dari Melaka dan Oon Kee Seng (Perak).

Memuatkan artikel berkaitan…

Mae Chen turut mengekalkan kedudukan sebagai setiausaha kehormat kesatuan tersebut walaupun dicabar oleh Andy Low.

Shahidan mengakui spekulasi yang menyatakan pemilihan bakal berlangsung dalam situasi panas sebelum ini, berjaya dijalankan tanpa sebarang kekecohan.

“Hari ini kita membuat pemilihan jawatankuasa Asum dan sebahagian besar mengekalkan kedudukan lama. Walaupun jumlah undian hanya berbeza sedikit antara pesaing namun semuanya berjalan seperti perbincangan adik-beradik.

“Kita akan terus bekerjasama dengan baik demi kecemerlangan sukan akuatik negara. Melakar lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa,” katanya selepas berakhir AGM tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini