KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini mengesahkan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah ada datang berjumpa dengannya baru-baru ini untuk menyatakan hasrat menyertai Warisan. Namun, Mohd. Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, pihaknya belum menerima borang kemasukan menyertai Warisan daripada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat itu. “(Perkembangan) ini sememangnya menyenangkan. Beliau (Raymond Tan)…










