KUALA LUMPUR 27 Mei – Kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah dipelawa menyertai permainan gasing moden ‘Beyblade’ Burst Challenge di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam, dekat sini esok.
PENYERTAAN terhad kepada 50 peserta sahaja dan masing-masing perlu membawa Beyblade sendiri. – UTUSAN ONLINE
Perbadanan Perpusatakaan Awam Selangor (PPAS) berkata, pertandingan yang akan bermula dari pukul 11 pagi hingga 12.30 tengah hari itu akan diadakan secara kalah mati dan keputusan juri adalah muktamad.
Memuatkan artikel berkaitan…
Tambahnya, penyertaan terhad kepada 50 peserta sahaja dan masing-masing perlu membawa Beyblade sendiri.
“Jika ada yang berminat, penyertaan masih dibuka dengan yuran pendaftaran sebanyak RM5 di kaunter Program Cuti Sekolah, PPAS,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE










