Seorang ditahan bantu siasatan rusuhan di pusat hiburan - Utusan Malaysia

Seorang ditahan bantu siasatan rusuhan di pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mei – Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes merosakkan harta benda di sebuah pusat hiburan di Jalan Kelang Lama, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.20 malam melibatkan sekumpulan lelaki yang bertindak merosakkan harta benda seperti perabot perhiasan, meja, kerusi, gelas minuman dan beberapa peralatan lain.

“Beberapa orang dalam kumpulan tersebut telah menggunakan kayu untuk memecah dan merosakkan harta benda dalam pusat hiburan itu dan bilangan individu yang terlibat masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Ruslan, kes disiasat di bawah Seksyen 427/148 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat serta merusuh.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Ng Guan Seng di talian 018-3880833, Pegawai Penyiasat, Inspektor Aaron (014-9018596) atau Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 03-22979222. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini