DUNGUN – Selepas mempertaruhkan model Iriz dan Persona dengan ciri ditambah baik pada 23 April lalu, Proton Holdings Bhd. (Proton) bakal memperkenalkan model Exora yang dipertingkatkan dalam masa terdekat. Pengarah Pemasaran Proton Edar Sdn. Bhd., Cheng Seng Fook berkata, model Exora dengan ciri dipertingkatkan tersebut dijangka membuat penampilan sulung di pasaran kira-kira dua minggu lagi. Menurut beliau, selain Exora pihaknya juga akan memperkenalkan model Saga yang ditambah baik menjelang suku…










