IPOH 10 Mei – Senarai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang baharu dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya sedang menunggu tarikh sesuai daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi majlis mengangkat sumpah.
“Saya bawa senarai nama (exco baharu) untuk diperkenankan oleh Sultan Nazrin namun sebelum itu perlu berbincang dengan pucuk pimpinan parti komponen Pakatan Harapan Perak terlebih dahulu.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Selepas dapat tarikh dari istana, majlis angkat sumpah akan diadakan secepat mungkin,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri program Penyediaan Bubur Lambuk Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2019 di Dataran MBI di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE











