Semua pihak perlu akur titah Sultan Perak - Utusan Malaysia

Semua pihak perlu akur titah Sultan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR 27 Mei – Semua pihak perlu akur titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah supaya masjid di negeri ini tidak dijadikan sebagai tempat untuk penganjuran program politik.

Harussani Zakaria
HARUSSANI ZAKARIA

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, begitu juga titah Sultan Perak yang melarang penceramah tidak bertauliah mengadakan ceramah di masjid di negeri ini perlu dihormati dan dipatuhi.

Menurutnya, program di masjid yang dianjurkan atas nama parti politik dan penyampaian ceramah agama oleh penceramah yang tidak bertauliah boleh mendatangkan kesan tidak baik dan menjejaskan institusi masjid di negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masjid dan surau adalah tempat ibadat yang suci yang tidak sepatutnya dicemari politik atau menjemput penceramah yang tidak bertauliah.

“Masjid dan surau ialah tempat untuk mewujudkan suasana harmoni, aman dan damai serta persahabatan sesama umat Islam,” katanya

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas majlis sumbangan kepada fakir miskin oleh syarikat perniagaan Epic Valley Group of Vompanies dan Yayasan Muhibbah Tan Sri Fng Ah Seng di Simpang Lima di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini