Seksyen 8 lebuh raya WCE Hutan Melintang-Teluk Untan mula dibuka hari ini - Utusan Malaysia

Seksyen 8 lebuh raya WCE Hutan Melintang-Teluk Untan mula dibuka hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN – Jajaran Seksyen 8 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) bermula dari Hutan Melintang hingga ke Teluk Intan sepanjang 19.1 kilometer mula dibuka secara rasmi pada pukul 6 petang hari ini. 

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir berkata, pembukaan jajaran melibatkan laluan dua lorong dua hala itu akan menjadi laluan pintasan penduduk setempat di sekitar Sabak Bernam, Bagan Datuk, Hutan Melintang, Teluk Intan dan Sitiawan.

“Penggunaan jajaran tersebut akan memendekkan masa perjalanan dengan anggaran 11 minit berbanding penggunaan laluan jalan biasa iaitu Klang-Teluk Intan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa ini, pembukaan jajaran di Seksyen 8 daripada keseluruhan 12 seksyen Lebuhraya WCE ini bersifat setempat iaitu memberi kemudahan kepada penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pembukaan Jajaran Seksyen 8 WCE, Persimpangan Hutan Melintang ke Teluk Intan di Plaza Tol Teluk Intan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Anuar, WCE akan menjadi sistem penyuraian trafik dan laluan alternatif kepada Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) terutamanya ketika musim perayaan bagi perjalanan dari Lembah Klang menuju ke utara Semenanjung dan sebaliknya apabila siap sepenuhnya kelak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini