Saya buat silap - Pochettino - Utusan Malaysia

Saya buat silap – Pochettino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 30 April – Mauricio Pochettino mengambil tanggung jawab penuh di atas persembahan kurang memuaskan Tottenham, yang tewas 0-1 kepada Ajax dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, dengan mengakui menggunakan taktik salah.

Skuad bimbingan Pochettino membuat permulaan yang hambar sehingga membolehkan Donny van de Beek meletakkan Ajax di depan pada minit ke-15di Stadium Tottenham Hotspur hari ini.

Ajax mendominasi dalam separuh masa pertama sebelum Pochettino bertindak mengubah formasi daripada 3-5-2 kepada 4-4-2.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pochettino mengakui dia telah melakukan kesilapan menerusi strateginya, namun pengurus Tottenham itu turut berang dengan gaya permainan anak-anak buahnya ketika memulakan perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara pertama sejak 57 tahun lalu.

“Sekarang ini sudah tentu saya boleh terima kesilapan daripada formasi yang kami gunakan, kami tidak banyak pilihan.

“Saya tidak gembira. Tetapi kekurangan tenaga sejak dari mula perlawanan menyebabkan permainan kami menjadi sukar, kami agak hambar.

“Ia bukan formasi yang menyebabkan kami bolos, namun ia menyebabkan permainan kami kurang memuaskan. Saya sebagai pengurus, mengambil tanggung jawab penuh di atas kekalahan ini,” kata Pochettino.

Tottenham beraksi pada hari ini dengan ketiadaan dua penyerangnya iaitu Harry Kane yang mengalami kecederaan, termasuk Son Heung-min kerana digantung perlawanan.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini