Sarri mahu setia bersama The Blues - Utusan Malaysia

Sarri mahu setia bersama The Blues

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU – Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri menegaskan dia berhak untuk terus berada di Stamford Bridge selepas membuktikan kemampuannya de­ngan mengemudi pasukan itu menjulang trofi Liga Europa setelah membelasah Arsenal 4-1 pada aksi final di Stadium ­Olimpik Baku awal pagi semalam.

Bagaimanapun, pengendali dari Itali itu mengakui akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan The Blues terlebih dahulu berhubung masa depannya selepas merangkul kejuaraan pertama dalam kariernya sebagai pengurus.

“Saya perlu bercakap dengan pihak pengurusan kelab ini bagi mendapat penjelasan sebenar tentang apa yang boleh saya lakukan untuk Chelsea. Selain itu, saya juga perlu tahu apa yang mereka boleh berikan kepada saya untuk terus kekal di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sangat sukakan cabaran Liga Perdana England (EPL) dan amat bertuah untuk mengendalikan Chelsea. Bagaimanapun, semuanya perlu dibincangkan terlebih dahulu. Saya berhak untuk terus kekal di sini, tetapi ia bukan keputusan saya,” kata Sarri.

Mengulas aksi semalam, pengurus berusia 60 tahun itu mengakui Chelsea sedikit bergelut pada separuh masa pertama apabila membuka ruang buat The Gunners melakukan banyak percubaan sebelum mereka akhirnya berjaya bangkit menjaringkan empat gol di separuh masa kedua.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan saya tahu ia penting kepada kelab. Perlawanan hari ini (semalam) sangat sukar, tetapi saya menggesa pemain-pemain saya agar bermain lebih terbuka biarpun ia mendatangkan risiko besar,” ujarnya.

Pada perlawanan tersebut, The Blues menampilkan aksi berbeza pada babak kedua apabila menjaringkan dua gol menerusi Eden Hazard serta satu gol daripada Olivier Giroud dan Pedro Rodriguez sementara gol Arsenal pula dijaringkan oleh Alex Iwobi. – Agensi

2018-19: Chelsea (ENG)

2017-18: Atletico Madrid (ESP)

2016-17: Manchester United (ENG)

2015-16: Sevilla (ESP)

2014-15: Sevilla (ESP)

2013-14: Sevilla (ESP)

2012-13: Chelsea (ENG)

2011-12: Atletico Madrid (ESP)

2010-11: Porto (POR)

2009-10: Atletico Madrid (ESP)

2008-09: Shakhtar Donetsk (UKR)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini