Sarajevo syurga fotografi jalanan - Utusan Malaysia

Sarajevo syurga fotografi jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pertama kali menjejaki kota Sarajevo yang berlegar dalam kepala penulis ialah tentang kisah peperangan Balkan pada pertengahan tahun 90-an. Perang ini merupakan sebahagian peristiwa yang berlaku selepas perpecahan Yugoslavia rentetan daripada pemisahan Slovenia dan Croatia daripada Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia pada tahun 1991. Peristiwa-peristiwa seperti pengepungan Sarajevo dan pembunuhan beramai-ramai Srebrenica kemudian menjadi ikon kepada konflik ini.

Memasuki bandar Sarajevo, ternyata tidak banyak kesan peperangan yang ditinggalkan. Kebanyakan kesan perang telah dibaik pulih dengan bantuan negara Kesatuan Eropah (EU) dan juga bantuan negara-negara Islam seperti Turki dan Malaysia.

Landskap Sarajevo terbahagi kepada dua pengaruh yang boleh dilihat daripada ciri-ciri bangunannya iaitu pengaruh kerajaan Uthmaniah dan juga pengaruh Eropah semasa pemerintahan kerajaan Austria-Hungary. Terdapat beberapa masjid yang indah dan juga gereja yang besar di sekitar bandar Sarajevo.

Bagi peminat fotografi jalanan anda perlu datang ke Sarajevo kerana kota ini menyediakan pelbagai landskap dan sudut pencahayaan yang begitu memukau. Ditambah pula kota ini masih baharu, penduduk Sarajevo begitu mesra dengan kamera. Tiada masalah sekiranya ada yang menyedari susuk mereka sedang dirakam oleh kamera anda. Malah mereka boleh memberi kerjasama yang amat baik.

Semasa bersiar-siar di kota Sarajevo untuk mendapatkan syot yang menarik, penulis hanya menggunakan lensa sudut luas 16-24mm dan sebuah lensa 50mm. Bosnia terletak di benua Eropah, oleh itu sudut matahari sentiasa condong sekitar 45 darjah dan ini menjadikan pencahayaan menjadi begitu segar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×