Sang Pisang buka cawangan di Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Sang Pisang buka cawangan di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Jenama makanan dan minuman (F&B) Sang Pisang akan membuka cawangan pertama di luar pasaran Indonesia di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur pada September ini.

Pengasas Sang Pisang Indonesia, Kaesang Pangarep berkata, pihaknya memilih Malaysia sebagai destinasi pengembangan jenama tersebut berikutan hubungan rapat serta komitmen yang diberikan oleh pe­ngurusan Sang Pisang Malaysia.

“Malaysia dan Indonesia mempunyai cita rasa makanan dan budaya yang hampir sama, jadi kami merasakan adalah lebih baik untuk kami mengembangkan perniagaan di sini sebelum ke pasaran Thailand dan Filipina,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sang Pisang Indonesia hari ini menandatangani usaha sama antara pihaknya dan pengasas Sang Pisang, Faizal Abdullah sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sang Pisang (M) Sdn. Bhd., Naim Manaf.

Tambah Pangarep, pihaknya akan membuka 12 buah lagi cawangan menjelang akhir 2020.

Sehingga kini, sejumlah RM5 juta telah diperuntukkan bagi pelaburan oleh syarikat Jaxer Berhad Group kepada Sang Pisang Malaysia yang merupakan anak syarikat miliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini