KUALA LUMPUR 31 Mei – Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyokong penuh usaha untuk meminda beberapa peruntukan undang-undang di bawah Akta kerajaan Tempatan 1976 bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dengan isu pembuangan sampah secara haram di negeri Pulau Pinang. Presidennya, M. Raman berkata, sudah tiba masanya pihak kerajaan negeri Pulau Pinang mengkaji semula akta-akta atau peruntukan yang ada dan pindaan dibuat selaras dengan perkembangan semasa.…










