KUALA LUMPUR 27 Mei – Saham-saham KL rendah pada tengah hari walaupun pasaran global mencatatkan aliran harga meningkat.
Bagaimanapun, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kekal tinggi pada 12.30 tengah hari, menokok 1.71 mata kepada 1,600.03 selepas dibuka 6.12 mata lebih tinggi pada 1,604.44.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 411 berbanding 227, manakala 325 kaunter tidak berubah, 979 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.
Memuatkan artikel berkaitan…
Jumlah dagangan sebanyak 836.84 juta unit bernilai RM486.48 juta. – BERNAMA










