Rusuhan pusat hiburan : Datuk Seri serah diri - Utusan Malaysia

Rusuhan pusat hiburan : Datuk Seri serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mei – Seorang Datuk Seri yang diburu polis bersama tiga lagi lelaki bagi membantu siasatan insiden rusuhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama pada 3 Mei lalu tampil menyerah diri, kelmarin.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, lelaki itu menyerah diri di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira pukul 3 petang pada Jumaat lalu.

Ujarnya, Datuk Seri tersebut hadir bersama peguamnya untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan pada hari sama dengan jaminan polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehingga kini, seramai 15 individu sudah ditahan termasuk Datuk Seri berkenaan.

“Bagaimanapun, kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Alzafny memberitahu, siasatan lanjut masih berjalan dan beberapa saksi serta suspek sedang dikesan kerana dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

“Setakat ini, hanya dua individu menyerah diri daripada tiga lelaki yang diburu sebelum ini iaitu Datuk Seri berkenaan serta seorang pengawal keselamatan.

“Seorang lagi individu dikehendaki kini berada di luar negara dan dijangka menyerah diri minggu depan sebaik pulang ke Malaysia nanti,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini